Man City Pantau Situasi Pedro, Sedia Rampas Daripada Man United - Bola Sepak | mStar

Man City Pantau Situasi Pedro, Sedia Rampas Daripada Man United

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City sedang memantau situasi penyerang Barcelona, Pedro yang akan memutuskan masa depannya dalam tempoh 48 jam.

Pedro mengakui perlu meninggalkan Nou Camp untuk memilih kelab yang akan memberi peluang dia beraksi dalam kesebelasan utama.

Manchester United antara kelab yang mahu mendapatkan Pedro menerusi penebusan kontrak bernilai £22 juta bagi menggantikan Angel Di Maria yang dijual kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Malah, United juga yakin dapat membawa Pedro ke Old Trafford menerusi persetujuan yang akan dicapai dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun Ketua Eksekutif City, Txiki Begiristain yang lebih mengenali Pedro ketika mereka berada di Barcelona turut yakin dapat menyambar pemain berkenaan.

City sedia berbelanja lebih tinggi berbanding United selepas usaha skuad berkenaan mendapatkan Kevin de Bruyne ditolak Wolfsburg.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Manchester City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan