Liga Super: JDT Belum Boleh Tarik Nafas Lega

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 6:45 AM

Aksi pemain JDT, Luciano Figueroa (kiri) ketika aksi bertemu Lions XII pada Rabu malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) masih belumdapat menarik nafas lega apabila mendahului Pahang dengan hanya satu mata dipersada Liga Super 2015, dengan baki tiga perlawanan menutup tirai musim ini.


Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor, jaringan  tunggal pemain import, Luciano Figueroa pada minit ke-55, membantu JDT mengalahkan pasukan negara jiran, Lions XII.

Kemenangan tipis itu sudah cukup untuk skuad Harimau Selatan itu terusmerajui carta liga dengan 43 mata, sekali gus mengekalkan rekod tanpa di laman sendiri sejak Ogos 2013.

Pencabar terdekat, Pahang melakar kemenangan 5-3 ke atas negeri jiran, Kelantan di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Lima gol skuad Tok Gajah dijaringkan oleh R.Surendran pada minit ketujuh, Dickson Nwakaeme (8'), Matias Conti (43'), Zeshan Rehman  (53') dan Azammuddin Mohd Akil pada minit ke-90.

Mohd Nor Farhan Muhammad pula meledak jaringan hatrik untuk Kelantan pada minit ke-12, minit ke-70 dan pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Di Stadium Shah Alam, pasukan Selangor mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas pasukan bawahan liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus merampas tangga ketiga daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tiga gol skuad Gergasi Merah dijaringkan oleh pemain import dari Brazil, Guilherme De Paula menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 selain gol padang Ahmad Hazwan Bakri (48') dan tandukan kapten pasukan, Shahrom Kalam,selang tujuh minit kemudian.

ATM pula meraih gol menerusi pemain import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam pada masa kecederaan separuh masa pertama dan pemain gantian, Abdul Shukor Jusoh pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, pasukan Terengganu menerima tentangan sengit daripada Perak sebelum menang tipis 2-1.

Dua gol skuad Penyu dijaringkan oleh pemain tengah, Ismail Faruqi Ashari pada minit ke-21 dan penyerang import dari Kanada, Issey Nakajima-Farran, selang empat minit kemudian sebelum Perak bangkit merapatkan defisit jaringan menerusi sentuhan penyudah Bobby Gonzales pada minit ke-36.

Dalam pada itu, pasukan tercorot liga, Sime Darby FC hampir pasti tersingkirke saingan Liga Perdana musim depan selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Billy Mehmet meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-41 sebelum MarkoPerovic menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-75.

Sime Darby, skuad kendalian Ismail Zakaria itu kekal menghuni ke-12 carta liga dengan kutipan enam mata selepas beraksi dalam 19 perlawanan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: JDT , Liga Super

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan