Pemain Hull Ambil Kokain Untuk Lupakan Anak Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 10:14 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Hull City, Jake Livermore dilaporkan mengambil dadah jenis kokain untuk mengharungi satu perlawanan selepas anaknya meninggal dunia.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap Livermore pada April lalu mendapati dia telah mengambil dadah kelas A untuk turun menentang Crystal Palace.

Daily Mail melaporkan pemain berkenaan mengambil dadah tersebut bagi melupakan tragedi peribadi apabila anaknya meninggal dunia.

Pengurus Hull, Steve Bruce berkata," saya terkejut, sedih, kecewa dan marah. Kenapa dia lakukan demikian."

FA Inggeris kini belum menentukan hukuman terhadap Livermore walaupun mereka telah menemubual pemain berkenaan.

Tags / Kata Kunci: kokain , hull city

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan