Liga Juara-Juara: Manchester United Umum Skuad Tentang Club Brugge

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 8:41 PM

Manchester United mempamerkan jersi kedua mereka kepada para peminat pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED mengumumkan senarai skuad mereka untuk menentang wakil Belgium, Club Brugge dalam pusingan kelayakan Piala Liga Juara-Juara Eropah yang bakal berlangsung di Old Trafford pada 18 Ogos ini.

Perlawanan kedua pula ditetapkan seminggu kemudian.

Dan sekali lagi penjaga gol Victor Valdes yang pernah menjulang piala ini tiga kali ketika bersama Barcelona tidak tersenarai dalam skuad United.

Ini menguatkan lagi spekulasi yang masa depan Valdes bersama United telah berakhir dan dia akan meninggalkan kelab tersebut sebelum pintu perpindahan ditutup pada 1 September depan.

Hubungan Valdes, 33, dengan pengurus United, Louis van Gaal musnah selepas dia enggan bermain dengan skuad Bawah-21 Tahun United untuk mengekalkan kecergasannya musim lalu.

Van Gaal tidak membawanya dalam siri jelasah pra-musim di Amerika Syarikat bulan lalu dan dia langsung tidak diberikan nombor jersi skuad utama apabila musim baru bermula Sabtu lalu.

Sementara itu David de Gea yang tidak disenaraikan langsung dalam skuad menentang Tottenham Hotspurs dalam perlawanan pembukaan liga Sabtu lalu kali ini tersenarai semula.

Ini sekaligus memberi indikasi yang penjaga gol berusia 28 tahun itu mungkin tidak akan berpindah ke Real Madrid musim ini.

Dia digugurkan Sabtu lalu kerana van Gaal khuatir konsentrasinya akan terjejas ekoran ketidaktentuan tentang masa depannya.

Kali terakhir United bermain dalam pusingan kelayakan kejohanan ini ialah 10 tahun yang lalu menentang Dinamo Bucharest.

Dua tahun yang lalu mereka tidak layak menyertai kejohanan paling berprestij dalam bolasepak dunia selepas Piala Dunia setelah menduduki tangga ketujuh liga. Bagaimanapun, van Gaal berjaya membawa United ke dalam pertandingan ini semula dengan menduduki tangga keempat liga musim lalu.

SKUAD PENUH MANCHESTER UNITED UNTUK PERLAWANAN MENENTANG CLUB BRUGGE:

Penjaga Gol: David de Gea, Anders Lindegaard, Sergio Romero, Sam Johnstone.

Pertahanan: Antonio Valencia, Phil Jones, Marcos Rojo, Jonny Evans, Chris Smalling, Luke Shaw, Paddy McNair, Matteo Darmian, Tyler Blackett.

Tengah: Adnan Januzaj, Michael Carrick, Daley Blind, Ashley Young, Ander Herrera, Marouane Fellaini, Morgan Schneiderlin, Bastian Schweinsteiger, Jesse Lingard, Andreas Pereira, Juan Mata.

Hadapan: Memphis Depay, Wayne Rooney, Javier Hernandez, James Wilson.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan