Barcelona 5 - 4 Sevilla: Pedro Jaringkan Gol Kemenangan

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 8:27 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG sasaran Manchester United, Pedro muncul sebagai hero Barcelona apabila menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya menjuarai Piala Super UEFA pada Rabu.

Pedro yang tidak diturunkan sebagai pemain utama selepas dikaitkan dengan pemindahan ke United menjaringkan gol kelima untuk Barcelona menewaskan Sevilla di Stadium Dinamo Arena.

Dalam perlawanan itu, Sevilla terlebih dahulu berada di depan seawal minit ketiga sebelum bintang bola sepak dunia, Lionel Messi kembali menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

Perlawanan yang terus rancak kemudian menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 4-4 sehingga memaksa perlawanan dibawa ke masa tambahan.

Pedro yang dibawa masuk pada akhir perlawanan ternyata masih berbisa apabila menjaringkan gol kesembilan perlawanan dan kemenangan untuk Barcelona ketika permainan hanya berbaki enam minit.

Perlawanan menentang Sevilla dikatakan aksi terakhir Pedro bersama Barcelona sebelum urusan pemindahan dimuktamadkan pada minggu ini.

United dilapor sedia membayar sebanyak £18.4 juta dan tambahan £2.8 juta lagi kepada Barcelona bagi mendapatkan penyerang berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Barcelona

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan