PDRM Lonjak Ke Tangga Ketiga Liga Super

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 8:05 AM

Pemain PDRM FC, Mohamadou Sumareh (kiri) dikejar dua pemain Felda United FC pada perlawanan sempena Liga Super 2015 di Stadium Shah Alam pada Selasa. Pasukan PDRM FC mendahului jaringan 1 - 0 pada separuh masa pertama. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) naik empat anak tangga ke kedudukan ketiga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United FC (FUFC) pada aksi tunggal Liga Super, di Stadium Shah Alam pada Selasa malam.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad 'The Cops' yang mengutip 31 mata daripada 19 perlawanan, memintas empat pasukan lain - Selangor, FUFC, Terengganu dan Lions XII, dalam carta liga.

Kedudukan itu dijangka berubah apabila lima perlawanan Liga Super berlangsung esok.

Pada aksi malam ini, jaringan tunggal penyerang import dari Mali, Dramane Traore pada minit kelapan perlawanan sudah cukup memberikan tiga mata penuh kepada pasukan PDRM bimbingan Fauzi Pilus.

Dalam saingan Liga Perdana, pasukan Kedah semakin mencerahkan peluang meraih slot ke Liga Super 2016 apabila melakar kemenangan ke-12 selepas menumpaskan  Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 3-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Keputusan itu menyaksikan skuad Helang Merah yang mengutip 42 mata, terus unggul di tangga teratas carta Liga Perdana dengan baki tiga perlawanan, selain turut melebarkan jurang kepada empat mata ke atas pencabar terdekat, T-Team yang mengutip satu mata di laman sendiri.

Pemain import dari Nigeria, Chidi Edeh muncul wira Kedah dengan jaringan hatrik pada minit ketiga, ke-28 dan ke-59 manakala JDT II meraih gol menerusi Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-31 dan ke-65.

T-Team pula gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang DRB Hicom FC pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di hadapan menerusi gol Mohd Fakrul Aiman Sidid pada minit ke-63 sebelum Tomislov Busic menyamakan kedudukan untuk T-Team, selang enam minit kemudian.

Pulau Pinang memintas kedudukan PKNS FC di tangga ketiga liga selepas menang tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix musim ini di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menerusi jaringan tunggal Mohd Faiz Subri seawal minit kelima perlawanan.

Terdahulu, NS Matrix terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Ahmad Fauzi Saari dilayangkan kad merah oleh pengadil, Zulkarnain Zakaria setelah beliau mengasari pemain tuan rumah, Mohammad Syukur Saidin pada minit ke-22.

Turut meraih tiga mata adalah pasukan kelab UiTM FC yang mengalahkan wakil Pahang, Kuantan FA 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Dua gol skuad 'The Lion Troops' dijaringkan oleh kapten pasukan, Dao Bakary pada minit keenam dan Muhd Nursalam Zainal Abidin, selang tiga minit kemudian.

Di Stadium Merdeka, pasukan Kuala Lumpur meraih kemenangan kelima musim ini selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, SPA Putrajaya FC 2-0.

Dua gol skuad The Hawks dijaringkan oleh Pritam Singh pada minit ke-51 dan Lukhman Noor Hakim Jaafar pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Perlawanan antara Sabah dan PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Melaka berakhir dengan keputusan seri 1-1.

El Hadji Diouf meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-72 sebelum penyerang import dari Argentina, Gabriel Miguel Guerra menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah pada masa tambahan babak kedua perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Liga Super , Liga Perdana

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan