West Ham Mahukan Khidmat Javier Hernandez - Bola Sepak | mStar

West Ham Mahukan Khidmat Javier Hernandez

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dilaporkan menerima pelawaan daripada West ham untuk mendapatkan Javier Hernandez.

West Ham dikatakan sedia menawarkan yuran pemindahan sebanyak £12 untuk mendapatkan pemain Mexico itu.

Pada masa sama United juga ingin mendapatkan pemain Barcelona, Pedro pada minggu ini.

Dalam perlawanan pertama menentang Tottenham Sabtu lalu, Hernandez tidak digunakan oleh Louis Van Gaal dan hanya memanaskan bangku simpanan.

Pada musim lalu, Hernandez menghabiskan masa bersama Real Madrid sebagai pemain pinjaman.

Bagaimanapun ketika melaporkan diri semula untuk United, Van Gaal tidak memberik sebarang reaksi supaya pemain berkenaan meninggalkan Old Trafford seperti Robin van Persie.

Tags / Kata Kunci: West Ham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan