De Gea Mahu Rampas Tugas Penjaga Gol Utama Man United

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

DAVID de Gea sedia bersaing bagi mendapatkan semula posisi penjaga gol utama yang menjadi milik Sergio Romero ketika ini walaupun Louis van Gaal mendakwa dia telah hilang fokus.

De Gea yang dikaitkan dengan penghijrahan ke Real Madrid turut berazam mahu merampas kembali posisi yang diberikan kepada penjaga gol baru, Romero.

Van Gaal sebelum ini mendakwa De Gea belum bersedia untuk bermain dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Tottenham kerana fikirannya diganggu oleh masalah pemindahan.

Sumber yang dekat dengan De Gea mendakwa, penjaga gol itu telah dilatih dengan baik sebelum perlawanan, namun tidak diturunkan bagi perlawanan pembukaan EPL.

De Gea kini telah kembali dalam latihan untuk bersaing merampas semula posisi penjaga gol bagi menghadapi perlawanan bertemu Aston Villa minggu ini.

Bagaimanapun Van Gaal dijangka tidak akan menggunakan khidmat De Gea sehingga jendela pemindahan pemain ditutup pada September ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan