JDT Rampas Takhta Liga Super Dari Pahang

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 12:20 AM

pemain ATM, Badrul Hisham Safuan (kanan) cuba menghalang pemain JDT, Mohd Amri Yahyah di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) memintas Pahang dengan kelebihan tipis satu mata untuk mengungguli persada Liga Super selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam Sabtu.

Gol berharga itu dihadiahkan oleh penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali pada minit ke-72 bagi membolehkan skuad Harimau Selatan mengumpul 40 mata selepas Pahang gagal mempertahankan kedudukan pendahulu. 

Buruan gelaran liga semakin mencabar apabila Pahang kalah 4-2 kepada wakil Singapura, Lions XII di gelanggang lawan di Stadium Jalan Besar.

Tuan rumah mendahului skuad Tok Gajah di separuh masa pertama dengan kedudukan 2-1 menerusi jaringan Faris Ramli dan Madhu Mohana masing-masing pada minit ke 17 dan 30, sebelum Matias Conti merapatkan jurang pada minit ke-43.

Pada babak kedua, Faris sekali lagi menggegar kedudukan pelawat menerusia jaringan pada minit ke-60 sebelum Safuwan Baharudin menambah derita Pahang pada minit ke-85.

Pahang yang cuba bangkit dengan merapatkan jurang jaringan menerusi  R. Surendran pada masa kecederaan.

Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan tewas 2-1 kepada Terengganu. 

Bagaimanapun, Ahmad Fakri Saarani mencipta rekod selaku penjaring terpantas selepas 17 saat perlawanan berlangsung untuk meletakkan Kelantan di hadapan.

Namun, pemain import Terengganu yang berasal dari Cameroon, Vincent Bikana menyamakan kedudukan pada minit ke-25, sebelum Ashari Samsudin menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73 untuk membolehkan skuad Penyu melonjak ke tangga kelima liga dengan 29 mata.

Di Kuching, tandukan pemain pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Afif Amirudin sebelum perlawanan tamat, memusnahkan impian tuan rumah, Sarawak untuk mengutip mata penuh di Stadium Negeri.

PDRM mengalahkan Sarawak 3-2. Ahmad Ezrie Shafizi Sazali meletakkan pasukan 'The Cops' di hadapan pada minit ke-20, untuk mendahului 1-0 di separuh masa pertama.

Joseph Kalang Tie menyamakan kedudukan empat minit selepas babak kedua dimulakan sebelum Ryan Griffiths meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-78.

Pemain import PDRM, Dramane Traore bertindak cemerlang untuk mengikat tuan rumah di kedudukan 2-2 pada minit ke-85 sebelum Mohd Afif menyempurnakan sepakan sudut pada minit ke-89.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor meraikan tiga mata penuh selepas menewaskan Sime Darby 3-1, sekali gus melonjak ke tangga ketiga liga di belakang Pahang dengan 29 mata.

Rizal Fahmi Abdul Rosid dan sepakan penalti pemain import Guilherme De Paula pada minit ke 19 dan 26, meletakkan Selangor di kedudukan selesa sebelum pemain import Sime Darby Reinaldo Da Costa merapatkan jurang pada minit ke-31.

Mohd Amri Yahya melengkapkan jaringan untuk skuad 'The Red Giants' pada minit ke-81.

Dalam pada itu, Perak gagal memanfaatkan peluang di hadapan penyokong sendiri apabila tewas 2-0 kepada Felda United di Stadium Ipoh.

Kekalahan tersebut menyebabkan Perak yang mengutip 27 mata, jatuh ke kedudukan kelapan liga.

Shukor Adan dan Mohd Raffi Nagoorgani meledak gawang tuan rumah pada minit ke-60 dan 69, untuk memastikan mereka pulang dengan tiga mata penuh serta menduduki tangga keempat liga dengan 29 mata.

Tags / Kata Kunci: JDT

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan