PSG Bermula Cemerlang, Benam Lille 1-0 - Bola Sepak | mStar

PSG Bermula Cemerlang, Benam Lille 1-0

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 10:00 AM

Lucas Moura meraikan jaringannya bersama rakan pasukan, David Luiz.

(Ubah saiz teks)

10 pemain Paris Saint-Germain menewaskan Lille 1-0 di Stade Pierre Mauroy untuk mempertahankan gelaran juara Ligue 1 pada aksi pembukaan perlawanan itu, awal pagi Sabtu. 

Lucas Moura menjaringkan gol tunggal untuk PSG pada minit ke-57.

Ketua jurulatih PSG, Laurent Blanc ternyata kagum dengan persembahan empat pemain bek kanannya yang banyak mempengaruhi corak permainan pasukan itu.

Namun, PSG terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain selepas pemain tengahnya, Adrien Rabiot diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

PSG beraksi tanpa kelibat pemain bintangnya, Angel di Maria yang baharu diperkenalkan kepada umum, Khamis lalu.

Bagi pengurus baharu Lille, Herve Renard, beliau ternyata kecewa dengan aksi hambar anak buahnya yang melepaskan peluang untuk bangkit melakar kemenangan selepas PSG beraksi dengan 10 pemain.


Tags / Kata Kunci: PSG , Lille , Ligue 1 , Lucas Moura
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan