Van Gaal Gugur De Gea Daripada Skuad Menentang Tottenham

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 7:39 PM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Manchester United, Louis Van Gaal mengugurkan penjaga gol utamanya, David De Gea daripada skuad yang akan menentang Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu ini.

Tindakan itu dibuat selepas Van Gaal berpendapat penjaga gol Sepanyol berkenaan telah terjejas teruk akibat pelbagai isu mengenai masa depannya.

Berikutan itu, penjaga gol baharu, Sergio Romero yang tidak pernah mewakili United dijangka akan mengambil alih tugas De Gea.

Bagaimanapun, penjaga gol muda United, Sam Johnstone yang mempamerkan aksi memberangsangkan pada jelajah pramusim baru-baru ini tidak terkecuali akan dibariskan dalam kesebelasan utama nanti.

"De Gea tidak akan bermain. Pemain juga seorang manusia. Dia tidak dapat mengurusnya. Kita akan lihat siapa yang akan memulakan (perlawanan itu).

"Saya tidak tahu jalan penyelesaian De Gea, iaitu proses (penyelesaian). Saya tidak boleh ketuai proses (penyelesaian) ini, saya hanya boleh memerhati dan itulah yang saya lakukan. Saya tidak terlibat dengannya.

"Bila ia tidak terjadi seperti itu saya terimanya kerana saya tahu bila dilantik sebagai pengurus Manchester United, setiap pemindahan merupakan satu proses. Saya sentiasa bertarung dengan setiap tempoh pemindahan.

"Saya tahu ia bukan mudah untuk De Gea mengurus situasi ketika ini," kata Van Gaal.

Real Madrid dilaporkan sedang menunggu untuk membawa De Gea pulang ke ibu negara Sepanyol pada jendela pemindahan pemain kali ini dan rakan sepasukannya menjagka pemindahan berkenaan akan berlaku sebelum September.

Namun United pula sedang berusaha untuk tidak kehilangan penjaga gol nombor satunya yang kini hanya berbaki kontrak selama setahun lagi.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , David De Gea

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan