Manchester United Bertemu FC Brugge Dalam Play-off Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 6:59 PM

Louis Van Gaal perlu membuat persediaan khusus untuk pasukannya menentang wakil Belgium FC Brugge dalam perlawanan peringkat play-off Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan bulan ini. Hanya dengan melepasi peringkat inilah baru mereka layak ke peringkat kumpulan.

(Ubah saiz teks)

> Celtic pula akan menentang Malmo

> Manchester United akan bermain di Old Trafford pada 18 atau 19 Ogos

> Mereka kemudian berkunjung ke Belgium seminggu kemudian untuk perlawanan kedua

> Club Brugge kali terakhir layak ke peringkat kumpulan 10 tahun lalu

> Sementara itu Monaco diundi bertemu Valencia dan Lazio menentang Bayer Leverkusen

MANCHESTER United telah diundi untuk bertemu kelab Belgium, FC Brugge dalam perlawanan timbal-balik untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dalam undian yang berlangsung Jumaat, pasukan Louis van Gaal yang menduduki tempat keempat liga musim lalu untuk layak ke perlawanan play-off akan menjadi hos kepada FC Brugge di Old Trafford pada 18 atau 19 Ogos nanti.

Mereka kemudian akan bertandang ke Belgium seminggu selepas itu untuk perlawanan kedua (25 atau 26 Ogos).

FC Brugge, yang merupakan naib juara Liga Belgium musim lalu, sebelum ini menumpaskan wakil Greek, Panathinaikos dengan agregat 4-2 untuk layak ke peringkat play-off ini.

Bagi United pula, mereka bernasib baik kerana tidak diundi bertemu pasukan yang jauh lebih kuat dan ternama seperti Lazio, Monaco atau CSKA Moscow.

United belum pernah bermain menentang FC Brugge pada peringkat ini.

Sementara itu, juara Scotland, Celtic diundi bertemu juara Sweden, FC Malmo.

Malmo adalah naib juara Piala Eropah pada 1979 dan dua musim berturut-turut menjuarai Liga Sweden.

UNDIAN PLAY-OFF LIGA JUARA-JUARA:

> Astana lwn APOEL

> Skenderbeu lwn Dinamo

> Celtic lwn Malmo

> Basle lwn Maccabi Tel-Aviv

> BATE Borisov lwn FK Partisan

> Lazio lwn Bayer Leverkusen

> Manchester United lwn FC Brugge

> Sporting Lisbon lwn CSKA Moscow

> Rapid Vienna lwn Shakhtar Donetsk

> Valencia lwn Monaco

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan