Ronaldo Jadi 'Gelandangan', Perdaya Penduduk Madrid

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 10:15 PM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo bukan sahaja pemain bola sepak terbaik dunia malah bintang Real Madrid itu juga berjaya membuktikan dirinya seorang pelakon hebat.

Kehebatan Ronaldo dalam bidang lakonan berjaya dibuktikan menerusi satu rakaman video yang menyaksikan beliau menyamar sebagai seorang gelandangan di Real Madrid.

Dalam rakaman tersebut, Ronaldo memakai rambut dan janggut palsu serta kostum tebal untuk memperlihatkan bentuk badannya yang sedikit berisi.

Pemain itu merayau-rayau di Plaza de Callao yang terletak di pusat bandar Mardid dan mula mempamerkan kemahiran menimbang bola.

Tiada siapapun yang mengendahkannya.

Bola yang diumpan Ronaldo turut ditendang segelintir pejalan kaki yang lalu-lalang di situ.

Ronaldo jelas kelihatan seperti gelandangan yang cuba meminta simpati daripada orang ramai yang berada di kawasan itu.

Orang ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut turut memperlihatkan wajah tidak senang terhadap pemain dari Portugal itu.

Malah, Ronaldo turut ditolak seorang wanita ketika dia cuba meminta nombor telefonnya.

Namun, masih terdapat segelintir individu yang lalu-lalang di sekitar plaza itu menendang bola yang diumpan Ronaldo.

Nicolas mengajak Ronaldo bermain bola.

Selepas berada di sana selama beberapa jam, Ronaldo akhirnya bertemu seorang budak lelaki bernama Nicolas yang mengajaknya bermain bola. 

Ronaldo berbual dengan budak lelaki itu dan bertanyakan namanya sebelum menurunkan tandatangan pada bola tersebut.

Sejurus selepas itu, Ronaldo menanggalkan janggut dan rambut palsu serta kaca mata hitam yang digunakannya untuk tujuan penyamaran tersebut.

Ronaldo menunjukkan wajah sebenarnya kepada orang ramai.
Tindakan itu menyebabkan orang ramai mula bersorak, bertepuk tangan dan mengambil gambar pemain bintang tersebut.

Selepas memeluk dan menyerahkan bola kepada kanak-kanak lelaki itu, Ronaldo meninggalkan kawasan plaza dan orang ramai yang mula menyedari kelibatnya mula mengerumuni pemain tersebut.
Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , gelandangan , Real Madrid

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan