Usaha Cristiano Ronaldo Pikat Model Ditolak

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

USAHA bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo untuk memikat seorang model warga Australia gagal apabila wanita itu enggan memberi kerjasama.

Pemain Real Madrid berusia itu dilaporkan cuba memikat Aline Lima menerusi laman sosial.

Ronaldo cuba memujuk wanita itu menghantar gambar ketika berada di gym untuk pengenalan namun telah ditolak.

Wanita itu dikatakan telah memberi jawapan," tidak, teman lelaki saya mungkin tidak gembira" bagi membalas pujukan Ronaldo.

Namun bekas pemain Manchester United itu kembali menjawab," tenang, tiada siapa yang tahu."

Perbualan antara Lima dengan Ronaldo bermula apabila model tersebut menghantar mesej bertanyakan mengenai surat yang dihantar teman lelakinya yang juga peminat tegar Real Madrid.

Dalam perbualan berkenaan juga, Ronaldo telah meminta nombor telefon wanita itu dan ingin menajanya menonton perlawana bola sepak antara Real Madrid menentang Manchester City di Melbourne baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Model

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan