Pemain Pertahanan Man Utd Rafael Tiba Di Lyon

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 8:32 PM

Rafael Da Silva akan mengakhir khidmatnya bersama Manchester United dengan menyertai kelab Liga Satu Perancis, Lyon.

(Ubah saiz teks)

> Lyon adalah satu-satunya kelab yang menawarkan tempat kepada Rafael

> Rafael hanya punyai 12 bulan sahaja lagi sebelum baki kontraknya tamat

> United letak £7 juta sebagai yuran perpindahan

> Rafael tiba di Old Trafford bersama kembarnya Fabio dari kelab Brazil, Fluminense pada 2008

SEORANG lagi saki baki pemain era Sir Alex Ferguson, iaitu Rafael Da Silva bakal meninggalkan Manchester United apabila dia tiba di Perancis untuk menjalani ujian perubatan sebagai pra-syarat menyertai Lyon.

Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas mengulas mengenai kedatangan Rafael dalam laman Twitter pada Isnin.

United menuntut £7 juta dari Lyon tetapi kelab Perancis itu sedang mencuba untuk membeli pemain berusia 25 tahun itu pada harga yang jauh lebih rendah.

Rafael telah bermain 169 perlawanan mewakili United sejak 2008 tetapi kecederaan lutut yang sering menghantuinya telah menjejaskan kedudukan pemain itu dalam skuad utama United.

Dia juga pernah mewakili skuad kebangsaan Brazil sebanyak dua kali.

Kedatangan Louis van Gaal musim lalu telah menjadikan keadaan kebih sukar buat Rafael.

Kini dengan pembelian pemain pertahanan antarabangsa Itali, Matteo Darmian dari Torino akan lebih menyukarkan peluang Rafael untuk bersaing jika dia tidak berpindah ke kelab lain.

Pemain yang berasal dari Brazil itu hanya ada baki kontrak 12 bulan sahaja lagi dengan United dan jika United tidak menjualnya sekarang, mereka akan kehilangannya sebagai ejen bebas dan tidak akan memperolehi apa-apa bayaran yuran perpindahan.

Dia dan kembarnya Fabio menyertai United ketika berusia 17 tahun. Kembarnya kemudian menyertai QPR secara pinjaman pada musim 2012-13 dan mulai tahun 2014 berpindah ke kelab Cardiff City. sehingga sekarang.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan