Guna Pemain Naturalisasi Wakili Skuad Harimau Malaysia 'Tidak Bermaruah' - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 11:24 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan penggunaan pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya adalah satu perkara yang "tidak bermaruah".

Beliau menegaskan walaupun FIFA membenarkan seseorang pemain untuk mewakili sesebuah negara selepas tinggal di negara berkenaan melebihi lima tahun, Malaysia tidak akan menggunakan pendekatan itu.

"Kalau pemain itu ada kaitan dengan (pertalian darah) Malaysia, tidak apa tetapi kalau bukan, saya tidak berapa setuju walaupun dibenarkan oleh FIFA. Tidak ada maruahlah kalau kita ambil jalan tersebut.

"Bagi saya, lebih baik kita tumpu kepada program pembangunan seperti NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) di mana kita lahirkan pemain yang betul-betul warga Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pasukan ski dan luncur salji Malaysia (MSST) di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di sini, Isnin.

Isu pemain naturalisasi timbul baru-baru ini setelah skuad negara berjaya mengikat gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Julai lepas hasil bantuan lima pemain import yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy meminta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bersabar sebelum pihak kementerian dapat menyalurkan bantuan kewangan bagi memperbaiki Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak yang uzur dan menelan kos hampir RM4 juta untuk pemulihan.

Beliau yakin soal ketiadaan venue untuk skuad berbasikal trek negara menjalani latihan tidak timbul setelah siapnya Velodrom Nilai di Negeri Sembilan pada Disember 2016.

"Kita kena tunggu peruntukan pada RMK-11 (Rancangan Malaysia ke-11), jadi mereka (PKBM) kena sabar. Soal tidak ada venue tidak berbangkit kerana kita tidak akan robohkan Velodrom Cheras sehingga kita ada pengganti (Velodrom Nilai), jadi mereka tidak perlu risau," jelas Khairy.

Sementara itu, Khairy berkata, satu kajian mendalam perlu dilakukan sekiranya Malaysia benar-benar berhasrat untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2028 bersama negara jiran, Singapura kerana ia melibatkan perbelanjaan berbilion ringgit.

"Walaupun dari segi prosedurnya, sebarang bidaan mesti datang dari Majlis Olimpik Kebangsaan seperti MOM tetapi akhirnya yang akan membayar kos ini adalah kerajaan," katanya.

Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar sebelum ini dilaporkan berkata, cadangan penganjuran bersama Sukan Olimpik 2028 oleh kedua-dua negara merupakan satu idea yang bernas.
Tags / Kata Kunci: pemain naturalisasi , velodrom rakyat

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan