Lions XII Lonjak Ke Tangga Keempat Liga Super

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 7:47 AM

Muhammad Faris Ramli yang bijak memperdaya dua pertahanan FUFC sebelum menjaringkan gol. Foto espnfc.com

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil kelab dari Singapura, Lions XII meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super selepas menang tipis 2-1 ke atas Felda United FC (FUFC) di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

Kemenangan tersebut menyaksikan pasukan kendalian Fandi Ahmad itu naik dua anak tangga ke kedudukan keempat liga dengan kutipan 26 mata selepas beraksi 16 perlawanan setakat ini.

Pada aksi di Singapura itu, pasukan FUFC bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Lions XII dan hasilnya mereka berada di hadapan seawal minit ke-13 hasil jaringan pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin.

Gol tersebut berpunca daripada kesilapan benteng pertahanan Lions XII yang tidak mengekang pergerakan Zah Rahan Krangar yang melakukan umpanan kepada Indra Putra yang tenang melakukan 'chip' untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Muhammad Izwan Mahbud.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Lions XII menyusun semula corak permainan dan mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma cantik daripada pemain tengah, Zulfahmi Arifin pada minit ke-23.

Gol tersebut nyata menaikkan semangat skuad muda negara jiran itu yang berjaya menambah jaringan kedua pada minit ke-45 hasil sentuhan penyudah pemain Bawah 23 (B-23) Singapura, Muhammad Faris Ramli yang bijak memperdaya dua pertahanan FUFC sebelum mudah menolak masuk bola bagi menewaskan penjaga gol FUFC, Mohd Farizal Harun.

Keputusan 2-1 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan. Sebaik sahaja perlawanan kembali bersambung, kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing bagi menambah jaringan namun sentuhan penyudah lemah daripada penyerang masing-masing menyaksikan keputusan tersebut kekal 2-1.

Lions XII bakal berkunjung ke Kuala Terengganu bagi menentang Terengganu manakala FUFC berhadapan Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada aksi ke-17 Liga Super, Rabu ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Liga Super , Lions XII

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan