Lamaran Untuk Guardiola: Jika Sanggup Datang Kami Bayar £20 Juta Semusim

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 7:29 PM

Pep Guardiola

(Ubah saiz teks)

INI adalah sesuatu yang tidak masuk akal tetapi Manchester City melamar pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola dengan tawaran gaji paling lumayan dalam sejarah bolasepak dunia iaitu sebanyak £20 juta semusim selama lima tahun jika dia sanggup datang sebagai pengurus mereka musim depan.

Kontrak Guardiola dengan Bayern Munich memang akan tamat menjelang hujung musim akan datang dan pengurus kelahiran Sepanyol itu belum memutuskan sama ada akan terus bersama juga Liga Jerman itu atau mengubah angin dengan mencari kelab baru.

Tapi jika Guardiola sanggup datang ke City, ini bermakna dia akan menerima gaji keseluruhannya sebanyak £100 juta sepanjang tempoh lima tahun kontraknya nanti.

Angka ini adalah satu rekod baru dalam sejarah bolasepak dunia. Belum pernah ada mana-mana pengurus yang pernah ditawarkan gaji sebanyak itu sepanjang karier mereka.

Berita mengenai tawaran ini dilaporkan oleh akhbar Britain, The Sun dalam edisi Sabtu.

Guardiola sememangnya dikaitkan dengan Manchester City sejak beberapa bulan yang lalu memandangkan kontrak pengurus City sekarang, Manuel Pellegrini akan tamat selepas musim baru ini sama sepertimana kontrak Guardiola dengan Bayern.

Ketua Pegawai Eksekutif City, Ferran Soriano dan Pengarah Bolasepak, Txiki Begiristain merupakan bekas pegawai tinggi Barcelona dan pernah berkhidmat bersama-sama Guardiola di kelab berkenaan.

Faktor ini menambahkan lagi cakap-cakap yang Guardiola, 44, akan tertarik untuk kembali bekerjasama dengan kedua-dua mereka di City.

“Saya belum membuat apa-apa keputusan muktamad mengenai masa depan saya dan satu tahun adalah satu tempoh yang masih panjang," ujar Guardiola sambil menambah "Sebaik sahaja saya membuat keputusan muktamad, orang pertama yang saya akan temui ialah Karl-Heinz Rummenigge, Uli Hoeness dan Matthias Sammer."

Ketiga-tiga mereka adalah tonggak utama Bayern buat masa ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan