Jersi Baharu United Ditampilkan Dengan Rekaan Klasik Adidas

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Manchester United akan kembali, namun kali ini menyarung jersi Adidas, yang baharu namun klasik.

Jersi oleh gergasi sukan Jerman ini dibuat selepas mereka menandatangani perjanjian rekod dunia £750 juta dengan kelab itu di mana rekaan jersi itu akan membawa peminat-peminatnya mengimbas kembali era 80-an.

Sebelum ini Adidas turut menaja Bayern Munich (£645 juta) dan Chelsea (£300 juta).

Ini kerana, jersi merah ini ditampilkan dengan rekaan ringkas, dengan v-leher putih dan tiga jalur klasik ke bawah lengan - tidak banyak beza dengan kit klasik Adidas, 30 tahun lalu.

Kit tersebut tampil bersama moto 'Breaking Expectations', telah dijual di lokasi terpilih di Manchester dan London pada tengah malam, dan telah dilancarkan oleh Daley Blind dan Phil Jones.



Megastore United bagaimanapun ditutup selama seminggu selepas perjanjian sedia ada mereka dengan Nike yang dimetrai selama 13 musim telah tamat, dan dijadualkan dibuka semula pada Sabtu, pukul 9 pagi.

Pereka Adidas, Inigo Turner berkata: "Kami telah melalui satu perjalanan sebenar dalam mencipta kit baru ini. Ia adalah inspirasi kami daripada kit ikonik masa lalu.

"Kami bermatlamat untuk 'memecahkan jangkaan' dengan memperbaharui ciri reka bentuk yang ringkas tetapi berkesan seperti kolar V klasik dan ikon tiga jalur di bahagian tangan sebagai komitmen kami untuk memberikan kepada United satu kit yang benar-benar hebat.

Pengarah Urusan Syarikat Richard Arnold, seorang tokoh utama dalam rekod perjanjian itu berkata: "Semua orang di United sangat bangga dengan reka bentuk klasik baju ini."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan