David Luiz Tak Sabar Bermain Dengan Angel Di Maria

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 8:23 AM

David Luiz

(Ubah saiz teks)

DAVID Luiz masih menganggap Angel di Maria sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia dan tidak sabar untuk bermain dengannya sebaik sahaja urusan pemindahan dari Manchester United ke Paris St Germain (PSG) selesai.

Selepas beberapa hari rundingan, kemelut tentang penghijrahan Di Maria nampaknya hampir berakhir.

Jurulatih PSG Laurent Blanc pada Khamis berkata bahawa pemain tengah dari Argentina itu semakin 'dekat' untuk menyertai pasukannya.

Laporan di Perancis mendakwa PSG akan membayar United sebanyak 65 juta euro (£46 juta) bagi pemain berusia 27 tahun itu, yang gagal untuk terus bersama di Manchester.

Walaupun terpaksa bergelut dalam Liga Perdana musim lalu, Luiz percaya Di Maria masih salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia dan sebab itu dia tidak sabar untuk bermain bersama bekas rakan sepasukannya, Benfica sekali lagi.

"Di Maria akan menjadikan kita lebih kuat, pasti," kata pemain pertahanan PSG itu selepas kemenangan 2-0 kelab itu ke atas United di Chicago pada Khamis.

"Saya berharap dapat melihatnya (di PSG). Dia adalah seorang sahabat yang baik, seorang pemain yang hebat, dan dalam setiap pasukan yang dia bermain, dia membuat perbezaan.

"Dia menolong di bahagian pertahanan, dia tahu bagaimana untuk membantu dan menjaringkan gol.

"Saya bermain dengannya di Benfica ketika berat badannya 70 kilogram," katanya sambil ketawa kecil.

"Ia adalah satu perkara besar dapat bermain dengannya dan lebih utama apabila melihat peningkatannya, dan bagaimana dia telah menjadi seorang pemain yang hebat. Ia akan menjadi satu keseronokan bermain dengannya sekali lagi."

United menganggap mereka telah berjaya merampas kuasa utama dengan menandatangani Di Maria dari Madrid musim panas lalu dengan harga £59.7 juta.

Dia dipilih sebagai Pemain Terbaik dalam final Liga Juara-Juara ketika Real Madrid menang ke atas Atletico Madrid beberapa bulan sebelum itu dan dinamakan dalam pasukan Piala Dunia kejohanan itu tidak lama kemudian.
Tags / Kata Kunci: David Luiz , Angel Di Maria

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan