Man United Tewas 0-2 Kepada PSG

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

JELAJAH pramusim Manchester United ke Amerika Syarikat berakhir dengan kekecewaan apabila pasukan itu tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) di Chicago pada pagi Khamis.

Anak didik Louis van Gaal turun berdepan juara liga Perancis itu selepas menang dalam tiga perlawanan sebelum ini termasuk ke atas Barcelona.

Kesebelasan utama United yang menyaksikan gandingan dua pemain tengah berpengalaman iaitu Michael Carrick dan Bastian Schweinsteiger gagal menyumbang gol kepada pasukan itu, sebaliknya bolos dalam tempoh 10 minit.

Gol PSG hadir menerusi Matuidi pada minit ke-25 dan Zlatan Ibrahimovic (minit ke-34), manakala jaringan tunggal United hasil sentuhan Juan Mata tidak dikira kerana telah Offside.

Dalam pada itu Daily Mail Online melaporkan United perlu melepaskan penjaga golnya, David de Gea atau mengikat kontak baru secepat mungkin.

Hal ini kerana portal berita itu menyifatkan kekalahan berkenaan sebagai sebahagian daripada aksi De Gea yang tidak menyerlah.

Penjaga gol Sepanyol itu dikatakan tidak bertindak dengan tepat apabila menghadapi situasi ketika Matuidi menjaringkan gol pertama PSG.

Berikutan itu juga Van Gaal bertindak memasukkan Johnstone untuk babak kedua.

Bagaimanapun penjaga gol kedua berjaya memastikan gawang United tidak dibolosi disamping aksi mantap Matteo Darmian dalam mengawasi barisan pertahanan.

Dalam perlawanan seterusnya United akan bertemu Tottenham Hotspurs bagi membuka tirai Liga Perdana Inggeris pada 8 Ogos.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , PSG

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan