Van Persie Buat Penampilan Sulung Bersama Fenerbahce

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 8:26 AM

Van Persie cuba diasak pemain Shakhtar.

(Ubah saiz teks)

ROBIN van Persie melakukan penampilan pertama bersama Fenerbahce tetapi gagal membantu pasukan itu mencipta sebarang keajaiban apabila terikat seri tanpa jaringan dengan Shakhtar Donetsk pada aksi kelayakan pusingan ketiga Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Penyerang kebangsaan Belanda yang meninggalkan Manchester United pada musim panas ini diturunkan pada minit ke-68 tetapi masih belum menemui sentuhan berbisanya.

Van Persie menggantikan Moussa Sow.

Bekas rakan pasukan Van Persie di United, Nani turut beraksi pada perlawanan tersebut tetapi masih gagal membantu Fenerbahce untuk bangkit melakar kemenangan.

Nani bermula dengan bergaya apabila memaksa penjaga gol Shakhtar, Andriy Pyatov melakukan penyelamatan menerusi rembatan bola rendahnya pada minit keenam.

Shakhtar mempunyai peluang untuk menjaringkan gol menerusi Alex Teixeira dan Taison pada babak pertama, tetapi percubaan tersebut tersasar.

Fenerbahce terus memberi tekanan kepada Shakhtar yang nyaris menerjah gawang menerusi percubaan Taison tetapi berjaya diselamatkan.

Dalam perlawanan berasingan, Monaco menewaskan Young Boys 3-1 di Switzerland.

Panathinaikos pula bangkit dengan kemenangan 2-1 selepas ketinggalan di belakang Club Brugge menerusi jaringan Marcus Berg dan Nikos Karelis.

Sementara itu, CSKA Moscow terikat 2-2 dengan Sparta Prague di gelanggang sendiri manakala Apoel menang 2-1 ke atas Midtjylland.




Tags / Kata Kunci: Robin van Persie , Fenerbahce

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan