Jurulatih Bola Sepak Mexico Dipecat Selepas Tumbuk Wartawan - Bola Sepak | mStar

Jurulatih Bola Sepak Mexico Dipecat Selepas Tumbuk Wartawan

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 7:30 AM

Miguel Herrera.

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Jurulatih bola sepak kebangsaan Mexico, Miguel Herrera dipecat, sehari selepas menumbuk seorang wartawan di lapangan terbang Philadelphia.

Pemecatan Herrera itu diumumkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Mexico, Decio de Maria.

Wartawan sukan dari stesen televisyen Azteca, Christian Martinoli, itu berkata Herrera cuba mengugut serta menumbuk di lehernya ketika di lapangan terbang berkenaan.

Semasa kejadian, pasukan bola sepak Mexico sedang dalam perjalanan pulang sehari selepas memenangi Piala Emas CONCACAF. 


Tags / Kata Kunci: Miguel Herrera , jurulatih Mexico
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan