Fifa: Michel Platini Umum Tanding Presiden

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 9:19 PM

Michel Platini

(Ubah saiz teks)

LEGENDA Bolasepak Perancis yang juga Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa), Michel Platini mengumumkan yang dia bersedia untuk bertanding kerusi presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa atau Fifa Februari tahun depan.

Platini, 60, dikatakan telah menerima sokongan daripada persekutuan bolasepak empat benua untuk bertanding jawatan tersebut.

Presiden Fifa sekarang, Sepp Blatter akan berundur dari kerusi tersebut pada 26 Februari tahun depan - tidak sampai setahun menyandangnya untuk kali kelima ekoran skandal rasuah yang melanda badan bolasepak dunia itu baru-baru ini.

Blatter, 79, seorang warganegara Switzerland telah memimpin Fifa sejak 1998.

Bagaimanapun Platini mungkin akan menerima tentangan daripada seorang lagi calon iaitu Putera Ali Bin al-Hussein yang bertanding menentang Blatter dalam pemilihan yang lalu.

Pemilihan pucuk pimpinan baru Fifa akan berlangsung di Zurich dalam satu Persidangan Kongres Luar Biasa.

Calon-calon yang berhasrat bertanding mempunyai tempoh sehingga 26 Oktober depan untuk mengemukakan pencalonan.

Uefa di bawah Platini telah menyaksikan beberapa pembaharuan antaranya temasya Piala Negara-Negara Eropah yang akan berlangsung tahun depan bakal menyaksikan penyertaan 24 pasukan pada pusingan akhir daripada sebelum ini hanya 16 pasukan.

Kemudian pada 2020, kejohanan itu akan berlangsung di 13 bandar raya utama di serata Eropah.

Di peringkat kelab pula, Liga Juara-Juara Eropah telah melalui satu transformasi sehingga menjadikannya kejohanan bolasepak paling popular dan berprestij di dunia sehinggakan sebuah badan penyiaran British iaitu BT Sport sanggup membayar sehingga £900 juta untuk mendapatkan hak eksklusif siaran langsung bagi musim 2015-16 ini.

Dalam perutusan yang dihantarnya kepada presiden dan setiausaha agung 209 buah negara anggota Fifa, Platini telah menyatakan secara terus terang mengapa mereka perlu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya sebagai calon presiden.

Ia adalah demi masa depan bolasepak dunia.

Tags / Kata Kunci: Fifa , Uefa , Michel Platini , Sepp Blatter

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan