Kelantan Menang Besar Atasi ATM 5-1

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 7:08 AM

Mohd Nor Farhan meraikan jaringannya ketika menentang ATM pada Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kelantan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila membelasah pasukan bawahan liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini malam Rabu.

Kemenangan kelima itu yang diraih musim ini, menyaksikan Kelantan mengumpul 18 mata, namun kekal di tangga kesembilan carta Liga Super.

Pada aksi malam tadi, Kelantan membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi pemain import dari Colombia, Erwin Carillo yang memanfaatkan hantaran daripada Gilmar Da Silva.

Kegembiraan pasukan tuan rumah tidak bertahan lama apabila pemain sayap ATM, Venice Elphi menyamakan kedudukan, selang lima minit kemudian menerusi rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat.

Namun, Kelantan kembali bangkit meledak dua jaringan, masing-masing menerusi Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-38 dan Mohd Norfarhan Muhammad, selang empat minit kemudian.

Keputusan 3-1 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, ATM terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanan, Nor Fadly Alias diperintahkan keluar padang oleh pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaakob selepas mengutip kad kuning kedua.

Kesempatan berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan Kelantan yang menambah dua lagi jaringan menerusi Erwin Carillo pada minit ke-64 dan pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-74.

Perlawanan berkenaan yang sepatutnya diadakan pada bulan Ramadan lepas, terpaksa ditunda ke Rabu, berikutan kerajaan Kelantan menggunakan perkarangan stadium untuk program Madinah Ramadan.


Tags / Kata Kunci: Kelantan , ATM , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan