Hernandez Diberi Peluang Terakhir Buktikan Diri

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

JAVIER Hernandez akan diberi peluang mewakili Manchester United ketika kelab itu bertemu Paris Saint-Germain (PSG) dalam siri jelajah pramusim ke Amerika Syarikat pada Rabu.

Penyerang Mexico itu kembali menyarung jersi United selepas dipinjamkan ke Real Madrid pada musim lalu, bagaimanapun dia tidak beraksi ketika skuad tersebut membelasah Barcelona 3-1 baru-baru ini.

Hernandez yang menyertai latihan pada Ahad berharap dapat beraksi pada 30 minit terakhir ketika perlawanan bertemu PSG.

Peluang itu merupakan ujian terakhir untuk pemain berkenaan, kerana jika gagal dia bakal diketepikan daripada skuad Louis van Gaal.

Hernandez merupakan pemain yang telah digugurkan oleh Van Gaal selepas mereka tewas 4-0 kepada MK Dons dalam saingan Piala Capital One tahun lalu.

Kekalahan itu disifatkan paling memalukan  dan sukar diterima oleh penyokong dan pimpinan tertinggi kelab berkenaan.

Sebahagian besar kesebelasan utama yang terlibat dalam perlawanan tersebut telah digugurkan secara berperingkat sejak tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan