Di Maria Semakin Hampir Sertai PSG, Ibrahimovic Nafi Ke United

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 9:04 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dan Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan masih meneruskan perbincangan mengenai jual-beli pemain Argentina, Angel Di Maria.

Daily Mail mendakwa, pemilik PSG Nasser Al Khelaifi, dan Pengarah Sukan, Olivier Letang kini berada di London untuk membincangkan jumlah yuran pemindahan dan kaedah pembayaran dengan Ketua Eksekutif United, Ed Woodward.

Dalam perjanjian dengan pemain itu, Di Maria menuntut kontrak bernilai £9 juta setahun dengan gaji sebanyak £170,000 seminggu.

PSG dalam pada itu turut yakin Di Maria akan tiba di Paris pada minggu depan untuk diperkenalkan kepada penyokong kelab berkenaan.

Wakil PSG yang berada di London dikatakan turut berbincang dengan Liverpool untuk mendapatkan pertahanan kiri, Lucas Digne menerusi pinjaman atau pembelian.

Sementara itu, bintang PSG Zlatan Ibrahimovic menafikan bahawa dia akan ke United sebagai pertukaran kepada Di Maria.

Pemain Sweeden berusia 22 tahun mendakwa dia gemibra berada di PSG sambil menyifatkan United sebagai sebuah kelab gergasi dan mempunyai ramai penyokong.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , PSG

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan