Didier Drogba Berpindah Ke Montreal Impact

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 8:02 AM

Didier Drogba

(Ubah saiz teks)

MONTREAL Impact mengumumkan menandatangani khidmat pemain legenda Chelsea, Didier Drogba.

Pemain Ivory Coast berusia 37 tahun itu adalah ejen bebas berikutan berakhirnya musim kedua dengan Blues, di mana dia menjaringkan 164 gol dalam sembilan musim di Stamford Bridge.

Perjanjian untuk Drogba juga melibatkan Chicago Fire. Francais Amerika itu telah memfailkan tuntutan untuk bekas pemain Galatasaray itu tetapi Montreal kini telah memperolehi haknya dengan bayaran yang tidak didedahkan.

Presiden Montreal Joey Saputo memberitahu impactmontreal.com: "Ia adalah satu penghormatan untuk menyambut Didier Drogba menyertai Impact.

"Daripada perbualan pertama saya dengannya, saya merasakan bahawa dia benar-benar mahu bermain di Montreal. Ini adalah salah satu hari paling besar dalam sejarah kelab dan ketibaannya ke kelab akan memberi manfaat dalam setiap aspek."

Drogba, yang memenangi empat gelaran Liga Perdana dengan Chelsea, menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan, mengheret perlawanan ke masa tambahan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2012 di Munich.

Drogba kemudian meninggalkan kelab itu untuk menyertai Shanghai Shenhua.

"Dia memberi kesan kepada berjuta-juta orang sejak awal kerjayanya dan akan terus berbuat demikian ketika menyarung jersi Impact," kata Naib Presiden Montreal Nick De Santis.

"Dia adalah seorang pemain yang boleh membantu mengembangkan kelab kami. Dia telah menjadi seorang pemimpin, pemenang dan juara sepanjang kerjayanya."

Drogba menyertai Chelsea dari Marseille pada tahun 2004 dan dua kali menjaringkan 20 gol atau lebih dalam satu musim liga tunggal. Dia juga memenangi Piala FA sebanyak empat kali dan Piala Liga tiga kali.

Pengarah Teknikal Montreal Adam Braz menambah: "Kami amat teruja untuk meletakkan nama seorang pemain dengan kerjaya yang luar biasa dalam jadual kami.

"Dia menunjukkan kualiti sebagai penyerang di peringkat tertinggi di Eropah.
Tags / Kata Kunci: Montreal Impact , Didier Drogba

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan