Sergio Romero Lengkapkan Perpindahan Ke Old Trafford

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 8:45 AM

Romero (kiri) berjabat tangan dengan Van Gaal selepas diumumkan sebagai pemain United.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United mengesahkan perpindahan penjaga gol antarabangsa Argentina, Sergio Romero ke Old Trafford.

Romero menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan United.

Pemain berusia 28 tahun itu dibawa masuk untuk menggantikan Victor Valdes yang akan meninggalkan United.

Romero pernah beraksi di bawah Louis van Gaal di AZ Alkmaar ketika pasukan itu memenangi Liga Belanda pada 2009.

Beliau turut mewakili Argentina ketika pasukan itu muncul naib juara Piala Dunia 2014. Keseluruhannya, Romero telah bermain sebanyak 62 kali mewakili Argentina.

Romero bersama jersi United.

Beliau kini menyertai skuad United dalam siri jelajah pra-musim United di Amerika Syarikat.


"Saya amat berbangga kerana diberi peluang menyertai Manchester United. Untuk beraksi bersama kelab terkemuka dunia ini adalah ibarat mimpi menjadi kenyataan buat saya.

"Louis van Gaal adalah pengurus hebat dan saya tidak sabar untuk beraksi bersama kelab baharu ini," kata Romero.

Sementara itu, Van Gaal dipetik sebagai berkata yang dia mengenali Romero sejak pemain itu berusia 18 tahun lagi.

"Sayalah yang bertanggungjawab menjadikannya penjaga gol utama AZ Alkmaar dan bersama dia kami telah memenangi kejuaraan liga pada tahun 2009," tegas van Gaal.

SENARAI PEMAIN-PEMAIN BARU MANCHESTER UNITED BAGI MUSIM BARU 2015-16:

> Memphis Depay, PSV - £25 juta

> Morgan Schneiderlin, Southampton - £25 juta

> Bastian Schweinsteiger, B.Munich - £15 juta

> Matteo Darmian, Torino - £12 juta

> Sergio Romero - percuma sebagai ejen bebas






Tags / Kata Kunci: Sergio Romero , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan