Real Madrid Tegaskan Sergio Ramos Tidak Akan Dijual

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 8:36 PM

Ramos dijangka akan kekal bersama Madrid musim baharu nanti.

(Ubah saiz teks)

USAHA Manchester United memburu Sergio Ramos tampaknya tidak akan berhasil selepas presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan pemain itu tidak akan dijual.

Perez memberitahu kelabnya tidak akan menjual pemain pertahanan itu dalam apa jua keadaan.

Walaupun masih lagi mempunyai tempoh lima minggu musim perpindahan pemain, dipercayai agak mustahil untuk melihat Ramos berpindah ke kelab lain, malah United boleh merancang perkara lain.

Sebelum ini, Ramos dilaporkan tidak bersetuju dengan kontrak baharu di Barbenabeu, namun belum pasti sama ada perkara itu sudah selesai ataupun tidak.

Pada Ahad, satu perjumpaan diadakan di Guangzhou, China yang melibatkan Perez, Ramos, Jose Angel Sanchez, Ketua Eksekutif Madrid, abang Ramos dan ejen, Rene.

Ramos berulang kali memberitahu kelabnya bahawa dia berminat untuk menyertai United yang telah dua kali membuat tawaran, namun ditolak Perez.

Pemain antarabangsa Sepanyol ini masih mempunyai baki kontrak dua tahun yang menjadikan haknya sangat terhad untuk terus menekan Madrid menerima permintaan kenaikan gaji.

Madrid berdepan dengan situasi sukar selepas Iker Casillas berpindah ke kelab lain dan penyokong-penyokong kelab telah melaungkan 'Ramos bukan untuk dijual' malah meminta Perez meletak jawatan.

Menurut Perez, kelab ini melepaskan Casillas kerana keinginan pemain itu sendiri.

"Tetapi terdapat beberapa pemain yang masih mempunyai kontrak dan ingin berhijrah ke kelab lain, kami tidak benarkan".

Sementara itu, United kini berbelah bagi apabila mereka tidak akan menjual David de Gea kecuali berjaya mendapatkan Ramos.

Dengan situasi ini, penjaga gol itu terpaksa  meneruskan aksinya di Old Trafford.

Tags / Kata Kunci: Sergio Ramos , Real Madrid

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan