Wenger Belum Sedia Bersara - Bola Sepak | mStar

Wenger Belum Sedia Bersara

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 11:22 AM

Arsene Wenger

(Ubah saiz teks)

LONDON: Arsene Wenger mengakui setiap kali terfikir untuk bersara, ia hanya terlintas sekurang-kurangnya lima saat  di mindanya kerana terlalu komited dan seronok melakukan tugas itu.

Dua aspek itu juga mendorong pengendali warga Perancis ini mampu kekal selama hampir dua dekad bersama Arsenal sejak mengambil alih pasukan itu pada 1996.

Malahan, Wenger yang bakal menyambut hari lahir ke-66 pada Oktober ini juga percaya kecintaan terhadap apa yang dilakukannya selama ini, ditambah perkara baru dalam dunia bola sepak setiap hari masih mampu mengekalkannya dalam industri.

“Bersara? Ya, ia kadang kala terlintas di fikiran, tapi tidak lebih daripada lima saat.

“Apabila kami bermain di Man United, Ferguson menemui saya selepas perlawanan. Saya kata: ‘Adakah anda merinduinya?’ Beliau berkata: ‘Tidak.” Tentunya beliau sudah puas. Beliau pergi ke setiap perlawanan. Tapi, beliau ada kuda, saya tidak.

“Saya lebih komited berbanding biasa. Apa yang diambil kira adalah betapa anda seronok melakukannya.

“Dan kecintaan terhadap apa yang anda lakukan tidak semestinya berkurangan dengan berapa banyak yang anda sudah lakukan. Ada benda baru dalam bola sepak setiap hari," katanya.

Wenger kini sedang mempersiapkan pasukannya bagi musim ke-20 bersama Gunners dengan pembabitan pada Piala Emirates hujung minggu ini.

Hampir dua dekad bersama Arsenal, Wenger menghasilkan tiga kejuaraan Liga Perdana, enam Piala FA dan satu penampilan final Liga Juara-Juara.



Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan