Schweinsteiger Terlepas Aksi United Bertemu Barcelona

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 5:37 PM

Van Gaal (kanan) berbincang sesuatu dengan Schweinsteiger ketika sesi latihan kecergasan skuad United.

(Ubah saiz teks)

BASTIAN Scweinsteiger terlepas peluang beraksi bertemu Barcelona di Manchester United dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa gara-gara mengalami kecederaan.


Pemain kebangsaan Jerman itu membuat penampilan pertama bersama United selepas berpindah dari Bayern Munich musim ini terpaksa berehat selepas berdepan dengan kecederaan ketika aksi menentang San Jose pada Selasa lalu.

“Schweinsteiger tidak boleh bermain kerana mengalami sedikit kecederaan. “Saya tidak pernah bercakap mengenai kecederaan. Saya hanya memberitahu ia sekadar kecederaan ringan dan saya tidak mahu mengambil risiko,” jelas pengurus United, Louis van Gaal.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan