Elak Jadi Skuad Belasahan Liverpool - Dollah Salleh

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 10:41 AM

Dollah (tengah) berbincang dengan pemain-pemainnya pada sesi latihan menjelang perlawanan bertemu Liverpool hari ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Jangan biarkan diri jadi pasukan belasahan," itu amaran jurulatih skuad bola sepak Pilihan Malaysia, Dollah Salleh kepada anak buahnya.

Bagi Dollah, biarpun akan berdepan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool yang penuh dengan sejarah hebatnya, ia bukan alasan untuk skuad kendaliannya yang dibarisi pemain tempatan dan import dari Liga Malaysia, menampilkan aksi lesu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat malam.

Sebaliknya ketua jurulatih kebangsaan yang diberi tanggungjawab mengendalikan pasukan Pilihan Malaysia pada aksi persahabatan antarabangsa itu, yakin pemainnya akan memberikan saingan sengit kepada skuad  'The Reds'.

"Yang penting saya mahukan pemain memberikan saingan kepada Liverpool dan tak nak jadi pasukan belasahan... bagi yang terbaiklah.

"Saya cuma khuatirkan tentang kerjasama berpasukan sahaja kerana pemain baru berada bersama kita selama empat hari, ada yang baru dua hari.  Namun pemain memang bersemangat untuk beraksi pada malam esok," katanya selepas sesi latihan rasmi pasukan di Stadium Nasional, Khamis.

Ini merupakan lawatan kedua Liverpool ke Malaysia selepas menumpaskan Harimau Malaya di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal 6-3 pada tahun 2011 di hadapan lebih 85,000 penonton di gelanggang yang sama.

Menggulas kemungkinan pengurus pasukan Liverpool Brendan Rodgers menurunkan barisan simpanan, Dollah berkata skuad bimbingannya tidak akan memandang ringan cabaran kelab Inggeris itu.

"Tak kira sama ada skuad simpanan atau skuad utama, Liverpool adalah Liverpool, kita tidak boleh pandang rendah keupayaan mereka," katanya.

Sementara itu, pemain sayap dari Sarawak, Joseph Kalang Tie menyimpan impian menjaringkan gol menentang 'The Reds' walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahunya.

"Perlawanan nanti merupakan peluang terbaik bagi pemain untuk menimba pengalaman yang sangat berguna sepanjang kerjaya kami. Inilah masa terbaik untuk saya belajar daripada pemain berkelas dunia.

"Kalau boleh saya ingin menjaringkan gol tetapi kalau jaringkan gol, kalah pun tak guna...Kalau jaringkan gol kemenangan itu memang indah bagi saya dan rakyat Malaysia," kata pemain berusia 28 tahun, yang juga merupakan penyokong kuat juara EPL musim lalu, Chelsea.

Kelab Merseyside itu memulakan aksi jelajah pramusim dengan mengalahkan Thai All Stars 4-0 pada 14 Julai lepas sebelum menewaskan pasukan Liga Australia, Brisbane Roar 2-1 tiga hari kemudian dan menang 2-0 ke atas Adelaide United, Isnin lepas.

Selepas aksi di Kuala Lumpur, mereka akan meneruskan jelajah ke Eropah Utara bagi perlawanan terakhir jelajah pra musim menentang HJK Helsinki pada 1 Ogos di Helsinki.

Tiket bagi perlawanan ini berharga RM58 (bagi pelajar), RM88, RM158, dan RM228 manakala tiket VIP berharga RM428 dan RM328. 

Tiket boleh dibeli secara dalam talian di ticketpro.com.my, hotline+603-7880-7999, saluran Ticketpro dan New Balance and Sports Empire.

Tags / Kata Kunci: Dollah Salleh , Malaysia , Liverpool

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan