Penyokong Teruja Tonton Perlawanan Pilihan Malaysia Menentang Liverpool

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 9:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil seawal pukul 5 petang untuk menyaksikan perlawanan persahabatan di antara kelab berkenaan menentang Pilihan Malaysia, Jumaat.

Suasana di sekitar stadium menjadi seumpama satu karnival apabila puluhan ribu penyokong termasuk dari negara luar hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan 'The Reds' sambil melaungkan moto kelab itu ' You'll Never Walk Alone'.

Bagi peminat tegar The Reds, Kamarul Azmir, 33 yang ditemui Bernama, beliau teruja menyaksikan perlawanan itu selepas tidak sempat menonton aksi pada 2011 ketika Liverpool berkunjung ke negara ini untuk Jelajah Pramusim.

Beliau bagaimanapun tetap mengharapkan Pilihan Malaysia kendalian Dollah Salleh dapat memberikan tentangan sengit kepada kelab Inggeris itu.

"Bagi Liverpool, saya harap mereka dapat menamatkan musim depan (musim 2015/16) di kedudukan empat teratas liga," kata Kamarul yang menyokong The Reds sejak 20 tahun lepas.

Tinjauan Bernama turut mendapati satu keluarga dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sanggup datang dari negara berkenaan semata-mata untuk menyaksikan perlawanan itu.

Keluarga tersebut yang terdiri daripada ibu bapa dan empat anak itu turut membawa papan tanda yang mempunyai tulisan: "YNWA, from Abu Dhabi.

Travelled 6,000km to watch LFC," yang turut menarik perhatian penyokong di Stadium Nasional.

Keadaan trafik di sekitar Stadium Nasional dilaporkan turut sesak teruk memandangkan konsert artis K-Pop, Big Bang diadakan di stadium tertutup bersebelahan Stadium Nasional.

Kali terakhir Liverpool beraksi di Malaysia adalah pada 2011 apabila skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal tewas 6-3. 

Kelab Merseyside itu memulakan Jelajah Pramusim mereka dengan menundukkan Thai All Stars 4-0 di Bangkok pada 14 Julai lepas dan mengalahkan kelab Liga Australia, Brisbane Roar 2-1 tiga hari kemudian, sebelum menewaskan Adelaide United 2-0, Isnin lepas.

'The Reds' akan meneruskan perlawanan terakhir pramusim mereka di Eropah Utara menentang kelab Finland, HJK Helsinki pada 1 Ogos. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Stadium Nasional

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan