Man United Semakin Hampir Ikat Romero

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 2:56 PM

Sergio Romero

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United kini di fasa terakhir mendapatkan penjaga gol Argentina, Sergio Romero.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu dilaporkan akan terbang ke Amerika Syarikat bagi menyaksikan kelabnya Barcelona bermain di Santa Clara buat kali terakhir sebelum berpindah ke United.

Bekas pemain Sampdoria itu tidak menerima kontrak baharu selepas empat tahun beraksi dalam Serie A dan dijangka akan menggantikan posisi Victor Valdes yang meninggalkan Old Trafford kerana enggan mengikut arahan Louis van Gaal sebagai penjaga gol simpanan.

Namun dalam masa sama, The Red Devils turut memberi tumpuan untuk mengikat penyerang Bayern Munich Thomas Muller dan pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.

Bagaimanapun pegawai kanan United menafikan bahawa kelabnya telah menawarkan 70 juta pound (RM141 juta) kepada Muller minggu lalu.

Thomas Muller

Menurut pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, Muller tidak akan meninggalkan aksi Bundeliga musim ini atau dalam tempoh terdekat.

"Terdapat beberapa pemain yang tidak ternilai," jelas Rummenigge yang sudah kehilangan Bastian Schweinteiger kepada United musim ini.

"Ia sesuatu yang tidak pernah fikir untuk menjual Muller".

Selain itu, United juga terpaksa memendam perasaan untuk mengikat Ramos walaupun sanggup membuat pertukaran pemainnya sebelum ini, David de Gea yang kini bersama Madrid.

Berdasarkan kenyataan pengurus Madrid, Rafael Benitez, kapten skuadnya tidak akan meninggalkan kelab itu.
Sergio Ramos


"Saya sangat menghormati Louis van Gaal, tetapi Sergio akan tetap bersama kami.

"Dia adalah pemain dan kapten kami. Saya mahu melihat dia beraksi pada awal musim baharu nanti kerana Ramos adalah pemain penting," jelas Benitez.
Tags / Kata Kunci: Manchester United , Barcelona , Sergio Romero

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan