TMJ Nafi Letak Jawatan Presiden PBNJ Sebab Mahu Jadi Presiden FAM

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 8:25 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia mempertimbang untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya mendapat permintaan daripada peminat bola sepak tanah air.

Namun buat masa ini, beliau mahu memberi tumpuan membantu Presiden  Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang baharu, Datuk Ismail Karim dalam membangunkan bola sepak negeri ini.

Menurut Tunku Ismail, tindakannya meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ sebelum ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan kepada seluruh negara bahawa beliau ikhlas memajukan bola sepak negeri ini tanpa perlu menjadi presiden persatuan itu.

Tunku Ismail turut menafikan peletakan jawatannya sebagai Presiden PBNJ pada 12 Julai lalu adalah sebagai langkah awal mahu menjadi Presiden FAM.

Bercakap pada pertemuan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Tunku Ismail menegaskan beliau tidak berminat mengambil alih jawatan tertinggi tersebut daripada Tunku Abdullah Sultan Ahmad Shah, sebaliknya mahu menumpukan tugas sebagai Penaung Diraja PBNJ.

"Baru-baru ini ada pihak yang mengatakan yang saya letak jawatan sebab ada angan-angan mahu jadi Presiden FAM. Dah banyak kali saya cakap, saya tidak mahu jadi Presiden FAM," kata Tunku Ismail sambil mendedahkan ada pihak di kalangan anggota FAM yang memujuknya mengambil alih jawatan itu.

Menurut beliau, pelantikan sebagai Penaung Diraja PBNJ adalah atas cadangan dan perkenan ayahandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

"Sebelum ini Almarhum Sultan Iskandar merupakan Penaung Diraja dan kemudian diambil alih Sultan Ibrahim. 

"Namun, sejak saya tidak lagi menjadi Presiden PBNJ, maka Tuanku (Sultan Ibrahim) merasakan lebih baik sekiranya saya yang menjadi Penaung Diraja kerana saya mempunyai pengetahuan dalam bola sepak," katanya.

Tunku Ismail berkata, buat masa ini beliau ingin menumpukan kepada pembangunan bola sepak negeri ini seperti yang sudah dirancang termasuk pembinaan stadium bola sepak baharu di Nusajaya dan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya.

Sementara itu, Tunku Ismail berkata, penyerang import JDT Jorge Pereyra Diaz tidak akan beraksi pada perlawanan suku akhir Piala AFC menentang South China pada 25 Ogos ini.

Diaz, 25, bagaimanapun akan kembali menyertai JDT pada November depan bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Tunku Mahkota Johor itu berkata, Diaz kini beraksi bersama kelab Atletico Independiente di Liga Primera Argentina secara pinjaman dan kekosongannya akan digantikan pemain import JDT II dari Argentina, Leandro Sebastian Velazquez. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TMJ , FAM , PBNJ

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan