Razman Ketuai Skuad Pilihan Malaysia Menentang Liverpool

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Kapten skuad Pilihan Malaysia Mohd Razman Roslan berkata perlawanan persahabatan antarabangsa memberi peluang kepada pemain menimba pengalaman serta mempelajari sesuatu daripada skuad yang ditentang mereka.

Pemain pertahanan Pahang yang sebelum ini pernah menolak panggilan ketua jurulatih kebangsaan Dollah Salleh untuk menyertai skuad itu berkata dia sangat teruja untuk berdepan pasukan Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.   

"Sebagai pemain kita teruja untuk menentang antara kelab yang terbaik ini. Saya harap perlawanan ini menjadi satu pengalaman yang berguna kepada pemain dan dalam masa yang sama kita dapat mempelajari sesuatu daripada mereka.

"Memang setiap kali kita beraksi kita hendak kemenangan. Tapi bagi saya apa yang penting kita berikan yang terbaik dan menghiburkan penonton dan peminat bola sepak tanah air," kata pemain berusia 31 tahun ini .

Jelasnya, dia terkejut dengan pengumuman yang dibuat jurulatih yang memilih selaku kapten pasukan bagi menentang Liverpool nanti.

"Memang terkejut dengan pengumuman jurulatih yang melantik saya sebagai ketua pasukan.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin untuk membantu pasukan menentang skuad Liverpool jumaat ini,"katanya.

Sebelum ini, pemain kelahiran Kajang Selangor ini memberi tamparan hebat apabila menolak panggilan Dollah kerana merasakan dirinya tidak cukup bersedia untuk beraksi dalam perlawanan itu.

Namun selepas berbincang dengan jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan yang mengatakan bahawa itu adalah peluang terbaik, Razman kemudiannya hadir melapor diri di Wisma FAM pada Ahad lepas.

Tags / Kata Kunci: Pilihan Malaysia , Mohd Razman Roslan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan