Rodgers Fokus Aksi Kecergasan Berbanding Kemenangan

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 7:00 AM

Rodgers pertama kali tiba di Malaysia.

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengakui bukan kemenangan yang dicari menjelang perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Malaysia, sebaliknya mahu melihat peningkatan kecergasan pemain-pemainnya.


Dengan tujuh orang pemain baharu yang menyertai kelab ini, Rodgers yakin siri jelajah ini mampu membantu skuadnya memperbaiki tahap kecergasan masing-masing.

“Kami bukan datang ke sini untuk menang, tetapi untuk meningkatkan lagi tahap kecergasan dan taktikal selain mengukuhkan semangat berpasukan,” jelasnya ringkas pada sidang media Ketibaan Pasukan di Saujana Resort pada Rabu.

Rodgers yang pertama kali tiba di Malaysia turut teruja melihat sokongan peminat-peminat fanatik The Reds di sini.

“Sokongan amat luar biasa. Liverpool merupakan ikon di seluruh dunia dan jelajah ini amat penting bagi kami untuk bertemu penyokong-penyokong.  

“Kami amat menghargai peluang berada di sini,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali berusia 42 tahun ini mengakui kelab ini telah mengambil iktibar mengenai prestasi keseluruhan musim lalu.

“Musim lalu amat mengecewakan kami. Kami faham apa yang berlaku musim lalu.

“Jadi kami telah membawa pemain-pemain berkualiti untuk membantu pasukan membuat perubahan yang lebih baik.  

“Penting bagi kami untuk mengetahui mentaliti pemain-pemain yang menandatangani kontrak dengan kelab ini. Saya gembira membawa masuk mereka yang berkualiti serta mempunyai impian dan semangat untuk kelab.

“Saya percaya pemain-pemain ini akan membantu kami untuk terus berjuang musim baharu nanti,” jelasnya.

Tujuh muka baharu yang menyarungi jersi Liverpool, James Milner, Danny Ings, Joe Gomez,  Adam Bogdan, Roberto Firmino dan Nathaniel Clyne.

Bagaimanapun Rodgers enggan mengulas mengenai kemungkinan ada lagi pemain baharu yang akan diikat.

“Saya hanya berminat dengan pemain-pemain yang ada sekarang dan bukannya mengenai siapa keluar, siapa masuk,” katanya.

Liverpool FC bakal menentang Pilihan Malaysia pada Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Brendan Rodgers , Malaysia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan