Dollah Tagih Bantuan Pemain Import Sekat Aksi Liverpool

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 8:07 PM

Dollah (kanan) berjabat tangan dengan pengurus Liverpool, Rodgers selepas sidang media pasukan, Rabu.

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Tempoh latihan yang singkat tidak mematahkan semangat skuad Pilihan Malaysia menjelang perlawanan persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool sempena Jelajah Kuala Lumpur 2015 pada Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh tidak mahu bercerita bagaimana pemain-pemainnya beraksi, namun yang penting tunjukkan prestasi terbaik.

“Saya percaya dengan semangat semua pemain walaupun baharu menjalani latihan dua tiga hari selepas seminggu bercuti.

“Saya perlu perkuatkan pasukan dengan pemain-pemain yang berkualiti. Kami telah beraksi dengan baik ketika menentang Spurs baru-baru ini dan harapan adalah cukup tinggi untuk mengulangi aksi sama apabila menentang kelab gergasi Jumaat ini.

“Jika Liverpool bermain untuk kecergasan, kita pula bermain untuk menang.Tetapi fokus kita adalah memberi pendedahan sebaik mungkin kepada pemain kita,” jelasnya kepada pemberita selepas sidang media pasukan Liverpool dan Malaysia pada Rabu.

Sebagai memantapkan skuad negara, Dollah turut menyenaraikan pemain-pemain import yang beraksi dalam Liga Super iaitu pemain pertahanan Terengganu Vincent Bakana, dua pemain Perak Charles Souza Chad dan Thiago Junior Aquino, Zah Rahan Krangar (Felda United) serta penyerang PKNS Selangor Patrick Ronaldinho Wleh.

“Pasukan Liverpool nampak lebih bersedia. Tetapi saya percaya dengan bantuan pemain-pemain import diharap mereka dapat menguatkan skuad kita.

“Tetapi pemain-pemain kita juga dilihat ada peningkatan selepas tiga sesi latihan,” jelasnya sambil menambah pemain pertahanan Mohd Razman Roslan dilantik sebagai kapten negara bagi aksi ini.

Selain itu, Malaysia menjadi persinggahan terakhir Liverpool yang kini dibimbing Brendan Rodgers  di Asia selepas beraksi cemerlang di Bangkok, Brisbane dan Adelaide sebelum ini.

Kali terakhir The Reds berkunjung ke Kuala Lumpur pada tahun 2011 yang ketika itu dikendalikan oleh Kenny Dalglish dengan menewaskan skuad pilihan Malaysia 6-3.

Jelajah Asia ini dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dipromosikan oleh ProEvents International Sdn Bhd.

“Setiap kali kami membawa Liverpool FC ke Malaysia, sambutannya cukup menakjubkan. Penyokong-penyokong di sini sangat fanatik dan berpeluang datang ke stadium melihat mereka beraksi,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Dollah Salleh

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan