Rooney 'Senior' Tunggal United

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 10:28 AM

Wayne Rooney

(Ubah saiz teks)

LONDON: Wayne Rooney kini menjadi penyerang senior tunggal dalam pasukan Manchester United pada aksi musim baru nanti selepas beberapa pemain utama lain 'dijual' Louis van Gaal.

Setakat ini, Robin van Persie dan Radamel Falcao tidak lagi bersama pasukan itu.

Selain Rooney, United hanya mempunyai penyerang muda James Wilson dan Javier Hernandez.

Lain-lain urusniaga perpindaan yang akan berakhir 2 September ini belum dimuktamadkan walaupun sebelum ini United dikaitkan dengan beberapa penyerang termasuk Robert Lewandowski (Bayern Munich), Harry Kane (Tottenham Hotspur) dan Edinson Cavani (Paris St Germain).

Rooney beberapa kali beraksi di bahagian tengah musim lalu, namun Van Gaal mahu menggunakan ketua pasukannya itu sebagai penyerang tengah dalam formasi 4-3-3 musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu diletakkan sebagai penyerang tunggal pada perlawanan pramusim menentang Club America di Seattle dan dia dijangka kekal di posisi itu musim ini.

Setakat ini, Van Gaal dikhabarkan masih enggan berusaha mencari penyerang baru kerana yakin dengan keupayaan pasukannya.

Pengurus United itu dikatakan kagum dengan teknik rembatan dan sepakan percuma Memphis Depay, menyebabkan beliau percaya pemain sayap bernilai £25 juta (RM148 juta) itu mampu mengulangi prestasi sama apabila menjaringkan 22 gol untuk PSV Eindhoven musim lalu.

Depay mempamerkan aksi meyakinkan ketika bergandingan dengan Rooney apabila mereka menang 1-0 ke atas Club America di CenturyLink Field.

“Wayne banyak mengajar saya ketika perlawanan itu dan berbincang mengenai posisi yang perlu saya berada serta bila untuk bertahan.

“Kami harus bergandingan dan saya mempunyai persefahaman dengannya. Ia satu penghormatan bergandingan bersama legenda seperti Wazza,” kata pemain kelahiran Belanda itu.


Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan