United Tawar Lebih Setengah Bilion 'Pancing' Bale

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 12:14 PM

Bale menjaringkan hatrik untuk Real.

Gareth Bale

(Ubah saiz teks)

LONDON: Berbaki 44 hari sebelum berakhirnya tempoh perpindahan pemain, Manchester United dilaporkan bakal mengemukakan tawaran mencecah 95 juta pound (RM564 juta) untuk Gareth Bale.

Ia dikatakan bagi menguji sejah mana Real Madrid sanggup mempertahankan bintang antarabangsa Wales itu ke Old Trafford.

Gergasi Liga Perdana Inggeris yang sudah berunding dengan Real sejak beberapa bulan lalu dan tumpuan diberi kepada Bale apabila pasukannya memaklumkan Sergie Ramos yang mahu dipancing United akan kekal di Santiago Bernabeu.

Pengurus United, Louis van Gaal mengakui, Red Devils mungkin melakukan kejutan dalam masa terdekat.

Bale, 26, yang menyertai Real pada harga 85 juta pound (RM504.61 juta) ketika berpindah dari Tottenham pada 2013.

Selain Bale, Red Devils juga mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat Thomas Muller dan Robert Lewandowski dari Bayern Munich, selain sanggup membayar klausa pelepasan bintang Barcelona, Pedro.

Yuran perpindahan bagi Muller dan Lewandowski dijangka sekitar 102.4 juta pound (RM607.91 juta) dan perpindahan akan menjadi kenyataan sekiranya Bayern mahu melepaskan mereka.

Selepas mendapatkan pemain untuk menguatkan posisi pertahanan dan tengah, United perlu mencari penyerang baharu selepas melepaskan Radamel Falcao dan Robin van Persie.

Sebelum ini United sudah membeli penyerang Belanda, Memphis Depay, selain dua pemain tengah, Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger serta pertahanan, Matteo Darmian.

Tags / Kata Kunci: Gareth Bale , United , Liga Perdana Inggeris

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan