Mourinho Tak Peduli Pesaing Belanja Besar Untuk Perpindahan Pemain

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 8:01 AM

Jose Mourinho. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho tidak bimbang dengan tindakan para pesaingnya berbelanja besar untuk perpindahan pemain bagi musim ini, namun beliau mengakui pemainnya perlu menjadi jauh lebih baik untuk mengekalkan gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

Portal Mirror melaporkan Mourinho sudah menjangkakan pencabar terdekatnya seperti Manchester United, Manchester City dan Arsenal melakukan perpindahan pemain bagi merampas gelaran itu.

Dengan peruntukan perpindahan lebih £150 juta (RM890.69 juta) setakat ini yang dibuat melibatkan tiga pasukan itu dan jumlah itu mungkin akan meningkat lagi, Chelsea kini menyedari cabaran saingannya semakin sengit.

Bagaimanapun Mourinho tidak gentar terhadap langkah yang dibuat pencabar-pencabarnya.

Beliau sendiri yang berbelanja besar untuk mendapatkan pemain John Stones dari Everton berkata: "Kelab teratas dengan pengurus terbaik tidak membeli pemain yang tidak bagus.

"Saya tidak menjangkakan mereka membeli pemain tidak bagus, saya menjangkakan mereka membeli pemain yang bagus.

"Saya tidak peduli mengenai perkara itu. Saya faham dan saya terima. Saya tidak takut.

"Jika ada seseorang berkata 'Jose, anda boleh menghentikannya', saya akan buat. Saya tidak mahu pencabar sengit saya terus membeli, membeli dan membeli yang terbaik. Saya lebih suka mereka tidak membeli atau membeli yang tidak bagus. Tetapi saya tidak boleh menghentikan mereka. Saya tidak peduli."

Manchester United memperuntukkan £82 juta (RM486.9 juta) bagi mendapatkan Memphis Depay, Morgan Schneiderlin, Matteo Darmian dan Bastian Schweinsteiger.

Arsenal membelanjakan £11 juta (RM65.32 juta) untuk penjaga gol Chelsea, Petr Cech.

Manchester City pula membelanjakan hampir £60 juta (RM356.27 juta) untuk Raheem Sterling and Fabian Delph, dengan £50 juta (RM296.89 juta untuk mendapatkan bekas pemain Chelsea, Kevin De Bruyne.

486.9
486.9
486.9
Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Chelsea

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan