Gerrard Tunjuk Taring

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 2:17 PM

Gerrard meraikan kejayaannya menjaringkan gol pada perlawanan pertama rasminya, kelmarin.

(Ubah saiz teks)

CARSON: Menjelang perlawanan rasmi pertamanya, Steven Gerrard menampakkan taringnya apabila meledak gol pertama pada liga Amerika Utara, sekali gus memberi amaran kepada pasukan lain dalam liga itu.

Penampilan bersama kelab barunya, LA Galaxy menunjukkan keserasian Gerrard dengan pemain lain.

Lagenda Liverpool itu menjaringkan gol pada minit ke-37 sebelum mencipta gerakan gol buat Robbie Keane ketika Galaxy membelasah San Jose Earthquakes 5-2.

“Saya rasa seperti muda semula,” kata Gerrard, 35, selepas beraksi selama 87 minit dan diberikan tepukan oleh penyokong sebaik meninggalkan padang.

“Saya gembira dengan tahap prestasi saya. Saya yakin dan gembira bersama rakan sepasukan. Kami akan lebih hebat. Saya fikir masa depan kami cerah di sini," katanya.

Keane turut menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti dalam catatan hatrik kedua dalam liga. Gandingannya bersama Gerrard nyata menjadi bersama Galaxy yang bangkit daripada ketinggalan dua gol dalam kemenangan keempat daripada lima perlawanan.

“Apabila saingan bermula, kami semakin meningkat.

“Dengan Steven menjaringkan gol kedua itu, ia mencetuskan semangat kepada semua pemain dan penyokong," kata Keane.

Dua daripada gol Keane itu dicipta oleh Gerrard dalam liga MLS itu. Bekas kapten England itu bermain dalam tempoh singkat pada aksi bukan liga bersama Galaxy bulan ini namun penyokong Selatan California itu ternyata gembira dengan kehadiran Gerrard bagi memperkuatkan juara MLS itu.

Dengan menyarung jersi bernombor 8 dan beraksi di posisi tengah, Gerrard tidak berdepan masalah bergandingan bersama Keane, pemain terbaik MLS. Kedua-dua pemain ini pernah beraksi bersama selama semusim di Liverpool tujuh tahun lalu.



Tags / Kata Kunci: Stevan Gerrard , MLS , LA Galaxy

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan