Man United 1-0 Club America: Schneiderlin Hasilkan Gol Pertama

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

MORGAN Schneiderlin melakukan penampilan pertama penuh bergaya buat Manchester United apabila berjaya membantu pasukan itu menewaskan Club America 1-0 dalam saingan Piala Kejuaraan Antarabangsa di Seattle pada Sabtu.

Diturunkan dalam kesebelasan utama, Schneiderlin berjaya meletakkan United mendahului 1-0 pada minit kelima perlawanan.

Bekas pemain Southampton itu digandingkan bersama Michael Carrick mengikut formasi 4-2-3-1 yang menjadi pilihan Louis Van Gaal dalam perlawanan pertama siri jelajah pramusim ke Amerika Syarikat.

Pada babak kedua, seorang lagi pemain tengah baru iaitu Bastian Schweinsteiger dibawa masuk menggantikan skuad kesebelasan utama.

Bagaimanapun gandingan pemain berpengalaman itu bersama Ander Herrera, Pereira, Januzaj, Wilson gagal menambah jumlah jaringan yang kekal 1-0 hingga tamat permainan.

Selain itu, aksi penjaga gol gantian Sam Johnstone turut diberi pujian apabila berjaya mempertahankan gawang daripada bolos.

Turut tidak terlepas mempamerkan aksi pertama bersama United ialah Memphis Depay dan Matteo Darmian.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan