Chelsea Terus Bida John Stones, Tawar Jersi Nombor 6

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA yakin dapat memulakan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/16 bersama John Stone walaupun Everton menolak bidaan pertama bernilai £20 juta beberapa hari lalu.

Berikutan itu, juara EPL berkenaan perlu mendapatkan pemain pertahanan berkenaan dengan jumlah yuran pemindahan yang memecah rekod pembelian pertahanan di British.

Jose Mourinho kini meletakkan kepentingan untuk mendapatkan pertahanan tengah sebagai persediaan skuad tersebut menghadapi saingan EPL musim akan datang.

Untuk itu, jurulatih kelahiran portugal tersebut menamakan Stones, 21, sebagai pilihan utama yang perlu dibeli.

Stones kini mendakwa gembira di Everton, namun dia ingin ke Chelsea untuk berada di bawah kendalian Jose Mourinho.

Sebagai langkah seterusnya, Chlesea akan melancarkan bidaan sebanyak £26 juta dengan menawarkan jersi nombor 6 kepada Stones.

Stones merupakan pengganti kepada John Terry yang kini berusia 34 tahun dan berbaki kontrak selama setahun lagi.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Everton

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan