Delph Buat Pusingan U, Sertai City - Bola Sepak | mStar

Delph Buat Pusingan U, Sertai City

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 9:52 PM

Fabian Delph.

(Ubah saiz teks)

BINTANG Aston Villa, Fabian Delph akan menandatangani kontrak bersama Manchester City selepas membuat pusingan U penuh dramatik.

City bersedia membawa masuk pemain kebangsaan England itu pada minggu lalu tetapi Delph menolak bidaan tersebut selepas mengumumkan ingin kekal bersama Aston Villa.

"Saya tidak akan meninggalkan kelab ini dan saya tidak sabar untuk beraksi pada musim baharu dengan mengetuai kelab terhebat ini," kata Delph pada Sabtu.

Namun, gambar pemain itu tiba di pusat latihan City tersebar luas di media sosial sekali gus menguatkan lagi dakwaan Delph akan menyarung jersi bersama kelab tersebut pada musim baharu yang akan datang.


Tags / Kata Kunci: Fabian Delph , Manchester City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan