Liga Juara-Juara: Celtic Atasi Stjarnan 2-0

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 9:54 AM

Boyata (kiri) meraikan jaringan dengan Charlie Mulgrew ketika Celtic menentang Stjarnan FC di Celtic Park, Glasgow, Scotland.

(Ubah saiz teks)

CELTIC memulakan aksi pusingan kelayakan pertama Liga Juara-Juara dengan cemerlang selepas menewaskan Stjarnan 2-0 di Celtic Park, Glasgow pada awal pagi Khamis.

Pasukan tuan rumah mendahului seawal minit ke-44 menerusi jaringan pemain pertahanan Dedryck Boyata.

Stefan Johansen kemudiannya menjaringkan gol kedua Celtic pada minit ke-56.

Saingan itu amat mencabar buat Celtic yang hanya beraksi dalam tiga aksi persahabatan pra musim sebagai persediaan untuk perlawanan tersebut.

Selain bekas pemain pertahanan Manchester City, Boyata dan Nadir Ciftci pemain baharu dibeli dari Dundee United antara yang diturunkan bagi memperkuat kesebelasan utama Celtic.
 
Celtic nyaris meletakkan kedudukan 3-0 apabila Johansen dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Namun sepakan penalti yang disempurnakan Leigh Griffiths pada minit ke-78 berjaya ditampan bekas penjaga gol Motherwell, Gunnar Neilsen.

Perlawanan timbal balik di Iceland pada minggu depan harus menjadi lebih formaliti bagi skuad kendalian pengurus Ronny Deila yang pastinya bakal berdepan saingan lebih getir jika mereka mara ke peringkat kumpulan.


Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , Celtic

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan