Bastian Schweinsteiger Azam Kembalikan Kegemilangan United

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

BASTIAN Schweinsteiger berazam membawa semula kegemilangan ke Old Trafford selepas diumumkan sebagai pemain Manchester United.

Schweinsteiger yang merupakan ketua pasukan juara Piala Dunia meninggalkan Bayern Munich demi United.

Selain menjuarai Piala Dunia,  Schweinsteiger turut pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Busdesliga lapan kali dan kini dia mahukan kejayaan untuk United.

"Saya sangat gembira berada di sini dan bermain untuk United, ini adalah satu penghormatan. Satu langkah baru dalam hidup. Saya mahu menjadi juara.

"Manchester United mahukan itu dan saya juga. Itulah sasaran saya di sini," ujarnya pada sidang media dalam siri jelajah di Amerika Syarikat.

Bersamanya pada sidang media itu ialah dua lagi pemain baru iaitu Morgan Schneiderlin dari  Southampton, dan Matteo Darmian dari Torino.


Tags / Kata Kunci: Manchester united

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan