Manchester City Sahkan Perpindahan Raheem Sterling £49 Juta

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 7:17 AM

Raheem Sterling menunjukkan baju dan skarf Manchester City selepas disahkan berhijrah ke kelab itu. Foto REUTERS

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City mengesahkan menandatangani pemain Liverpool, Raheem Sterling menerusi perpindahan bernilai £49 juta (RM291.48 juta).

Pengumuman yang dibuat kelab itu menamatkan spekulasi berhubung tawaran sejak beberapa bulan lalu.

Dengan penghijrahan tersebut, Sterling meraih gaji sebanyak £180,000 (RM1.07 juta) seminggu setelah menandatangani kontrak selama empat tahun.

Liverpool akhirnya menerima tawaran perpindahan berkenaan pemain itu pada hujung minggu lalu selepas Sterling mendedahkan hasratnya untuk berhijrah.

"Ia merupakan perasaan yang baik dan ia merupakan saat yang paling menggembirakan buat saya dan keluarga," kata Sterling kepada laman web rasmi kelab itu, www.mcfc.co.uk.

"Saya gembira semuanya telah selesai dan saya tidak sabar untuk turun padang berlatih.

"Perkara yang paling membuatkan saya teruja ialah mempunyai skuad bertaraf dunia dan mengetahui kami mempunyai pasukan yang berupaya memperoleh kemenangan tahun ini.

"Lebih banyak pemain berkualiti di sekeliling anda, lebih banyak kualiti dapat ditonjolkan dalam diri anda, jadi saya tidak sabar untuk bermula dan bermain bersama mereka," kata Sterling.

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Liverpool , Raheem Sterling

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan