Liga Super: JDT Rapatkan Jurang Mata Dengan Pahang - Bola Sepak | mStar

Liga Super: JDT Rapatkan Jurang Mata Dengan Pahang

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 7:15 AM

Penjaga gol Selangor, Mohd Hamsani Ahmad mengasak pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Gabriel Figueroa (tengah) ketika beraksi pada Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Isnin malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melebarkan rekod tanpa kalah di laman sendiri sejak Ogos 2013 selepas melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas Selangor pada aksi tunggal liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, Isnin malam.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan meraih 31 mata, kekurangan dua mata di belakang Pahang yang masih mendahului carta Liga Super selepas 15 perlawanan.

Pada aksi yang disaksikan hampir 11,000 penyokong itu, JDT berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-11 selepas Mohd Amri Yahyah menyepak masuk hantaran daripada penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa.

Tersentak dengan gol itu, Selangor kembali menyusun corak serangan dan meraih gol penyamaan menerusi pemain import dari Indonesia, Andik Vermansah hasil sepakan percuma pada masa kecederaan babak pertama.

Ketika permainan pada babak pertama hampir berakhir dengan keputusan seri 1-1, Figuero kembali meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan selepas menanduk masuk hantaran silang daripada S. Kunalan untuk menjadikan keputusan 2-1.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan saling mengasak kubu lawan, namun nasib lebih menyebelahi JDT yang mengesahkan kemenangan menerusi sepakan percuma menarik daripada Figueroa pada minit ke-79.

Keputusan 3-1 itu kekal sehingga tiupan wisel penamat daripada pengadil, Samsudin Ibrahim.

Perlawanan berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Julai lepas ditunda pada hari ini kerana JDT terlibat dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund pada 9 Julai.

Liga Malaysia akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri selain persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh bagi menghadapi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Julai ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan